Sunday, 4 December 2011

hari yang paling sibuk

Hari ini, saya terpaksa bangun pada awal pagi, iaitu pada pukul 7 pagi. Hal ini disebabkan saya perlu pergi dan melatih menyanyi lagu di dectar. Semasa melatih, saya berasa sangat penat dan tiada tenaga untuk menyanyi lagi sebab semalam saya tidur pada pukul 2 pagi untuk menyelesaikan powerpoint yang disuruh oleh "daddy" saya di PT. Selepas melatih, saya dan kawan saya pergi ke canselori untuk menyerahkan powerpoint yang sudah siap ditaip dan  membantu "daddy" saya semasa peserta melatih berlakon. Pada pukul 1.30 petang, saya dan kawan-kawan lain perlu pergi ke dectar raptai  untuk persembahan malam ini. Walaupun berasa sangat letih, saya tetap akan berusaha berlatih menyanyi dan tidak mengecewakan kawan-kawan saya.

Friday, 2 December 2011

kenangan yang saya tidak dapat lupa selamanya

Hari ihi, saya telah pergi berjalan-jalan ke Kajang bersama kawan-kawan baik saya. Hari ini, hujan asyik berturun sepanjang perjalanan ke Kajang. Selepas sampai ke sana, kami berasa sangat terkejut sebab Kajang telah banjir. Kami terpaksa berjalan ke Metropoint...Kami membeli barang-barangan, makan sushi di Sushi King dan juga telah mengambil banyak gambar...walaupun seluruh badan kami basah dan berasa sangat letih, kami tetap berasa sangat gembira dan seronok....