Sunday, 4 December 2011
hari yang paling sibuk
Hari ini, saya terpaksa bangun pada awal pagi, iaitu pada pukul 7 pagi. Hal ini disebabkan saya perlu pergi dan melatih menyanyi lagu di dectar. Semasa melatih, saya berasa sangat penat dan tiada tenaga untuk menyanyi lagi sebab semalam saya tidur pada pukul 2 pagi untuk menyelesaikan powerpoint yang disuruh oleh "daddy" saya di PT. Selepas melatih, saya dan kawan saya pergi ke canselori untuk menyerahkan powerpoint yang sudah siap ditaip dan membantu "daddy" saya semasa peserta melatih berlakon. Pada pukul 1.30 petang, saya dan kawan-kawan lain perlu pergi ke dectar raptai untuk persembahan malam ini. Walaupun berasa sangat letih, saya tetap akan berusaha berlatih menyanyi dan tidak mengecewakan kawan-kawan saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
berusaha ya....segala pengorbanan adalah berbaloi.
ReplyDeletekenangan manis walaupun meletihkan.... =)
ReplyDeleteSyabas dan tahniah. Persembahan kita telah berjaya.
ReplyDelete